1.9.09

Anak Syarikat Terengganu ?

Salam ramadhan kepada semua ,



Berita bahawa anak syarikat Terengganu yang kerugian sebanyak RM80 juta telah di hebahkan pada seketika dahulu.

Sebenarnya dalam tempoh 2-3 hari lepas saya cuba untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini lebih terperinci . Sebelum kita melihat keseluruhan anak syarikat negeri yang bisnesnya 'asyik rugi' , tapi terus di kekalkan kerana faktor-faktor tertentu.

Antara faktor yang di pegang, adalah syarikat-syarikat ini terus memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak negeri; walaupun mempunyai kepincangan jelas pada peringkat pengurusan.

Jangan di lupa antara ruang kelas pekerjaan yang di maksudkan termasuklah pengarah / CEO / penasihat /penaung dan lain jawatan pengurusan yang sebenarnya di pelopori oleh pihak tertentu.

Cuba lihat mengenai kepincangan pertama di sini , kewujudan Terengganu.Inc yang memberi seribu kontravesi oleh sdr zahidyusof.
(http://zahidyusof.blogspot.com/2008/08/penubuhan-trengganu-inc-anak-syarikat.html)

Selain itu, pinkturtle menyatakan bahawa T-best event yang tersohor itu bukan lah anak syarikat negeri.
(http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/08/14/4831/)


Prof. Hamirdin pula menyatakan penubuhan anak syarikat yang banyak di Terengganu sebenarnya mempunyai agenda pengurusan terselindungnya sendiri terutama dari segi pergerakan kewangan negeri(
http://hamirdin.blogspot.com/2008/10/termiskinmuflis-ideaterengganu.html)

&
susulan di sini :

http://hamirdin.blogspot.com/2008/12/renungan-rakyat-terengganu.html

Jadi persoalan kita sekarang , berapakah sebenarnya anak-anak syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ? Dan apakah peranan sebenar syarikat-syarikat ini ? Apakah teori di belakang pembikinan anak syarikat yang banyak ini ?

Jom kita cuba senaraikan .


1. Primula Hotels

Siapa yang tak tahu hotel ni ? Hampir tiap kali pengurusan negeri bertukar , setiap kali itu lah hotel ini bertukar nama dan logo. Sekejap park royal, sekejap primula hotels, dan entah apa-apa lagi. Secara ringkasnya, mengikut maklumat dalaman , hotel ini mengalami atau hampir defisit setiap tahun.

2. PMINT
perumahan negeri ? -sila detailkan-

3.EPICT ( syarikat ICT negeri yg berpusat di ampang )

http://www.epict.com.my/

Projek-projek perisian mega negeri hampir semua di sub kepada EPIC. Yang basi-basi atau yang ada imbuhan lebih barulah di beri kepada kedai-kedai komputer negeri atau yang lain. Kekadang terpaksa juga syarikat kecil bersaing dengan EPIC . Untung / rugi ? tak pasti. Yang pasti , ia memberi saingan kepada syarikat-syarikat kecil negeri.

Rujuk juga : http://epicgroup.com.my

4. TOP-IT ( juga anak sykt IT negeri )

Dulu zaman Deris dah bungkus , sebab selain dari EPIC sebahagian kerja-kerja ICT di beri kepada KRIM. Kenapa ? Kerana TOP-IT di tubuhkan semasa pemerintahan PAS 1999-2004. Terakhir , di bawah Ahmad Said , TOP-IT mendapat projek supply e-book dan mula bernafas semula.

5.TIA
-sila detailkan-
Kononya ia adalah syarikat akan cuba membawa pelabur-pelabur asing untuk melabur di Terengganu. Apakah jenis pelaburan yang di maksudkan ? Juga mempunyai kontravesinya tersendiri apa bila di naungi oleh Joe Low , seorang ahli-perniagaan cina yang dikata 'low-profile'.
http://mylocalagenda.wordpress.com/2009/07/16/siapa-di-belakang-tia/

6. TDM
-perihal perladangan / kelapa sawit . sila detailkan -

7. Golden Pharos
-sila detailkan-

8. ?

9. ?

sila teruskan berdasar maklumat dan bacaan masing-masing.

3 ulasan:

adi on 1 September 2009 pada 9:32 PG berkata...

hak kita dikebas orang dalam senyum mesra..

Blogawan Terengganu on 1 September 2009 pada 7:56 PTG berkata...

betul tu adi , sekarang kita cuba memberi gambaran lebih jelas apa yang sebenarnya berlaku di 'belakang tabir' negeri ; dari skop rakyat jelata ..

jom cungkil lagi..

8. KETENGAH / KETARA
Saya tidak masukkan 2 agensi ini lebih awal , kerana saya musykil adakah ia tergolong dalam anak syarikat atau agensi-agensi kerajaan lain.

Pokoknya, fungsi lain KETENGAH perlu di kenal pasti. Selain dari ringkasan untuk KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH, ia seakan menjadi proksi utama bagi kerajaan memerintah.(pada suatu ketika)

Tentu kita masih ingat sewaktu kerajaan PAS memrintah Terengganu 1999-2004, KETENGAH menjadi pusat penyaluran kewangan kepada negeri. Ketika itu, Idris Jusoh menjadi pengerusinya.

KETENGAH menjadi 'kerajaan kecil' dalam kerajaan negeri. Dana-dana pusat dan wang royalti ehsan di salur terus melalui KETENGAH seterusnya mengabaikan hak kerajaan negeri ketika itu.

Proses itu telah berjaya, melumpuhkan kerajaan negeri yang memerintah.


----
jom kita sambung lagi dengan anak-anak syarikat/ agensi lain.

UAA on 3 Disember 2009 pada 11:55 PG berkata...

Nampaknya posting ini dibuat secara serkap jarang dan bukan berdasarkan kajian terperinci dan maklumat-maklumat yg dinyatakan sama sekali tidak benar. Sila buat rujukan semula secara detail satu persatu syarikat, barulah siarkan dalam blog ini. Jangan cuba menaburkan benih fitnah hanya berdasarkan andaian semata-mata.

Catat Ulasan

 
Senarai Blogawan Terengganu

Personal, Pendapat & Politik