26.11.09

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Kami JK Blogawan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Insyallah satu majlis perjumpaan bersama dengan semua ahli Blogawan akan diadakan. Masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian. Kali ni .... nekad.... PASTI jadi....... macamana kawan2 yang lain...sokong tak.....????
Ambe nok royak lagi ni...

22.10.09

Haram Minum Minuman Ni.... Berhati2

Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat........

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
Ambe nok royak lagi ni...

16.10.09

Majlis Aidilfitri Blogawan Terengganu ditangguhkan!

Assalamualaikum w.b.t...

Dukacita dimaklumkan, majlis aidilfitri Blogawan Terengganu yang dijadualkan pada 19 Oktober 2009 (Isnin) terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, program tersebut akan diganti dengan suatu program berbentuk hari keluarga yang akan dilaksanakan dalam masa PALING TERDEKAT yang boleh. Setakat ini, tarikh yang dikenalpasti untuk menjayakan program tersebut adalah pada 23 Oktober 2009, bersamaan hari Jumaat.

InsyaAllah maklumat lanjut akan menyusul. Sekiranya ada apa-apa cadangan, mahupun sebarang pendapat harap dapat dibincangkan di shoutbox, di ruangkan komen di sini mahupun di group blogawan.

Wallahua'lam.

Amdang81.
Ambe nok royak lagi ni...

29.9.09

Majlis Jamuan Hari Raya AIdilfitri 2009


Majlis Hari Raya Blogawan 2009........



Tarikh : 19/10/09
Tempat : Gong Badak
Masa : 9.00 mlm


Tolong senaraikan untuk buat budget.... Sebelum 10/10/09.
Tolong juga nyatakan sekali apa juadah yang ingin dibawa bersama..... WAJIB....

Senarai yang akan hadir;

1. Cikgu Fauzi - Rendang Melaka & Nasi Impit/Ketupat
2.
3.
4.
5.

Kepada semua jawatankuasa, khususnya Boss pengerusi, maaf le..... Cikgu "rampas kuasa" kejap untuk majlis ni..... sebab kesian kat kengkawan yang nak sangat diadakan Majlis ni..... Boss jangan mare tau..... nanti kena jual.... Tapi kalu Bosss nak pecat..... SU sangat alu2 kan...hehhehe....
Ambe nok royak lagi ni...

9.9.09

Rebutlah Peluang Menyayangi ANak-anak Yatim.....

Assalamualaikum.....

Kepada semua Blogawan, Minta diwawarkan di dalam blog Masing-masing. Mungkin ini adalah cara mudah untuk kita mendapat Jariah di samping KITA SENDIRI yang menderma....
Nabi Muhammad S.A.W sangat mencintai anak-anak Yatim....

Setahun sekali aje..... Yayasan AMal juga bercadang untuk mewujudkan Pusat Anak-anak Yatim Terengganu yang akan di Tarbiyah mengikut acuan Islam yang sebenarnya. Mereka juga akan di latih dan di didik dengan acuan Islam sebenar dan menjadi Hafiz & Hafizah..... Insyallah....

Rebutlah peluang ini.... Semoga semua Blogawan akan Komited/Provoke di dalam melaksanakan kebajikan....

Cikgu juga mencadangkan kalau sekiranya Pusat Anak-anak Yatim ini jadi kenyataan, Blogawan jadikan Pusat ini sebagai anak angkat Blogawan.....

Wassalam...

Ambe nok royak lagi ni...

1.9.09

Anak Syarikat Terengganu ?

Salam ramadhan kepada semua ,



Berita bahawa anak syarikat Terengganu yang kerugian sebanyak RM80 juta telah di hebahkan pada seketika dahulu.

Sebenarnya dalam tempoh 2-3 hari lepas saya cuba untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini lebih terperinci . Sebelum kita melihat keseluruhan anak syarikat negeri yang bisnesnya 'asyik rugi' , tapi terus di kekalkan kerana faktor-faktor tertentu.

Antara faktor yang di pegang, adalah syarikat-syarikat ini terus memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak negeri; walaupun mempunyai kepincangan jelas pada peringkat pengurusan.

Jangan di lupa antara ruang kelas pekerjaan yang di maksudkan termasuklah pengarah / CEO / penasihat /penaung dan lain jawatan pengurusan yang sebenarnya di pelopori oleh pihak tertentu.

Cuba lihat mengenai kepincangan pertama di sini , kewujudan Terengganu.Inc yang memberi seribu kontravesi oleh sdr zahidyusof.
(http://zahidyusof.blogspot.com/2008/08/penubuhan-trengganu-inc-anak-syarikat.html)

Selain itu, pinkturtle menyatakan bahawa T-best event yang tersohor itu bukan lah anak syarikat negeri.
(http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/08/14/4831/)


Prof. Hamirdin pula menyatakan penubuhan anak syarikat yang banyak di Terengganu sebenarnya mempunyai agenda pengurusan terselindungnya sendiri terutama dari segi pergerakan kewangan negeri(
http://hamirdin.blogspot.com/2008/10/termiskinmuflis-ideaterengganu.html)

&
susulan di sini :

http://hamirdin.blogspot.com/2008/12/renungan-rakyat-terengganu.html

Jadi persoalan kita sekarang , berapakah sebenarnya anak-anak syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ? Dan apakah peranan sebenar syarikat-syarikat ini ? Apakah teori di belakang pembikinan anak syarikat yang banyak ini ?

Jom kita cuba senaraikan .


1. Primula Hotels

Siapa yang tak tahu hotel ni ? Hampir tiap kali pengurusan negeri bertukar , setiap kali itu lah hotel ini bertukar nama dan logo. Sekejap park royal, sekejap primula hotels, dan entah apa-apa lagi. Secara ringkasnya, mengikut maklumat dalaman , hotel ini mengalami atau hampir defisit setiap tahun.

2. PMINT
perumahan negeri ? -sila detailkan-

3.EPICT ( syarikat ICT negeri yg berpusat di ampang )

http://www.epict.com.my/

Projek-projek perisian mega negeri hampir semua di sub kepada EPIC. Yang basi-basi atau yang ada imbuhan lebih barulah di beri kepada kedai-kedai komputer negeri atau yang lain. Kekadang terpaksa juga syarikat kecil bersaing dengan EPIC . Untung / rugi ? tak pasti. Yang pasti , ia memberi saingan kepada syarikat-syarikat kecil negeri.

Rujuk juga : http://epicgroup.com.my

4. TOP-IT ( juga anak sykt IT negeri )

Dulu zaman Deris dah bungkus , sebab selain dari EPIC sebahagian kerja-kerja ICT di beri kepada KRIM. Kenapa ? Kerana TOP-IT di tubuhkan semasa pemerintahan PAS 1999-2004. Terakhir , di bawah Ahmad Said , TOP-IT mendapat projek supply e-book dan mula bernafas semula.

5.TIA
-sila detailkan-
Kononya ia adalah syarikat akan cuba membawa pelabur-pelabur asing untuk melabur di Terengganu. Apakah jenis pelaburan yang di maksudkan ? Juga mempunyai kontravesinya tersendiri apa bila di naungi oleh Joe Low , seorang ahli-perniagaan cina yang dikata 'low-profile'.
http://mylocalagenda.wordpress.com/2009/07/16/siapa-di-belakang-tia/

6. TDM
-perihal perladangan / kelapa sawit . sila detailkan -

7. Golden Pharos
-sila detailkan-

8. ?

9. ?

sila teruskan berdasar maklumat dan bacaan masing-masing.
Ambe nok royak lagi ni...

18.8.09

BAGAIMANA TIDAK MAHU KENA TIPU DI INTERNET






Longgokan iklan dan risalah yang menjanjikan kita kaya dalam masa yang sangat singkat sudah semakin bersepah di sana-sini. Lokasinya sangat tipikal: tergantung di tiang-tiang lampu di tepi jalan, di dalam bakul motosikal selepas solat Jumaat dan terselit di sudut akhbar online seperti myMetro (Harian Metro) dan Harakah Daily.

Daripada Harian Metro

Daripada Harakah Daily.

Siapa yang tidak teruja dengan RM 3,000 seminggu (RM 12,000 sebulan) seperti yang didakwa dalam iklan di myMetro itu? Jual ganja dari rumah ke apa ini?


Kajian Kes: DuitTerdesak.com

Arakian beberapa hari yang lepas, tangan saya gatal untuk mengklik satu iklan yang tersiar di myMetro. Ia seterusnya membawa saya ke DuitTerdesak.com (lihat screenshot keseluruhan laman ini). "Boleh mendapatkan RM9000 - RM10,000 dalam masa segera", katanya di laman tersebut.

Laman tersebut sangat tipikal seperti laman-laman web lain yang mendakwa boleh menjana wang besar dalam masa singkat. Ciri-ciri tipikal ini ialah:
  1. Segala macam maklumat disumbatkan dalam satu paparan muka sahaja;
  2. cerita pengalaman dan kejayaan itu dan ini tentang proses buat duit;
  3. ada beberapa testimonial pelanggannya yang berjaya;
  4. dan akhirnya akan ada e-book dan sebagainya untuk dijual.
Diingatkan bahawa saya sama sekali tidak menuduh secara melulu bahawa mereka ini semua penipu besar. Namun dalam dunia penuh putar belit pada hari ini, waspada adalah senjata. Dan inilah 3 cara bagaimana saya berhati-hati:

1) Baca betul-betul apa yang ditulis dan timbulkan kemusykilan.

Contoh beberapa kemusykilan yang telah saya timbulkan:

a) Pemiliknya mengatakan bahawa "...teknik ini tidak ada kena-mengena langsung dengan internet kerana saya tidak pandai langsung tentang internet...saya ni buta internet. Kalau tahu pun sikit-sikit je."

TAPI pandai pula beli domain DuitTerdesak.com dan server, bina laman bisnes sendiri di internet, pandai buat screenshot Utusan Online, dan tahu letak Google Chat. Perkara-perkara ini agak mustahil untuk dilakukan oleh seorang yang "tahu sikit-sikit je" internet, bahkan mengaku dirinya "buta internet".


b) Katanya boleh mendapatkan RM9,000-RM10,000 dengan segara (dalam masa 10-14 hari sahaja). Bahkan "setakat tujuh, lapan, sembilan atau sepuluh ribu tu senang je.", dakwanya.

LALU, mengapa bersusah payah untuk mendokumentasi dan menjual "teknik rahsia" ini kepada orang ramai? Bukankah lebih senang hidupnya andai dia melakukannya sebanyak 5 kali setahun? Kalau buat begini, dia hanya memerlukan dalam 14 hari x 5 = 70 hari sahaja untuk sekurang-kurangnya mengaut RM 9,000 x 5 = RM 45,000 setahun? Dengan demikian dia boleh lepak sebanyak 365 hari -70 = 295 hari setahun.

Bukankah ini lebih rileks dan sesuai dengan fitrah manusia yang suka berada dalam comfort zone? Jika penulisnya mendakwa bahawa dirinya seorang yang sukakan cabaran dan tidak suka berada di dalam zon selesa, maka bukankah lebih mencabar jika dia mengumpulkan sehingga beberapa ratus ribu dengan menggunakan "teknik rahsianya" itu, kemudian melaburkannya sebagai modal untuk membuka sebuah syarikat sendiri?


c) Kenapa "tak nak ramai sangat tahu teknik ini dalam Malaysia, saya hanya nak dalam seribu orang sahaja tahu benda ni."

Jika begitu, lalu mengapa mahu menjual manual yang berharga RM45 itu? Bukankah menutup mulut manusia tidak semudah menutup mulut tempayan? Katakan hanya 1000 orang sahaja yang mengetahui teknik tersebut, bukankah ini telah menambah persaingan sebanyak 1000 kali ganda untuk dirinya sendiri?

Setakat ini saya tak pernah mengetahui mana-mana bisnes yang mendedahkan trade secret mereka. KFC mana mungkin mahu memberitahu resepi rahsianya. McDonald juga selisih Malaikat 44 untuk mendedahkan rahsia keenakan burgernya.

Eh, tapi kaya juga kan kalau 1000 orang beli? RM45 darab 1000 adalah bersamaan...?

Apa pun, lain-lain kemusykilan, terserahlah kepada anda untuk memikirkannya sendiri.

2) Jangan percaya dengan mudah screenshot yang menunjukkan jumlah simpanan di dalam bank, Google Adsense dan sebagainya.

Dengan menggunakan teknologi seperti Firebug, saya dengan mudahnya boleh melakukan pengeditan secara real-time apa yang terpapar di browser. Contohnya seperti ini:


Rajah di atas adalah screenshot yang diambil melalui akaun Maybank2u.com saya. Bagaimana saya boleh mempunyai RM53,852.63 di dalam akaun saya? Mula-mula saya login. Kemudian edit jumlah current dan available balance saya dengan menggunakan Firebug. Lalu buat screenshot. Dan akhirnya saya tempel di sini! (Pemberitahuan: Teknik ini hanya mengubah paparan sahaja, tetapi ia tidak mengubah jumlah sebenar simpanan saya di Maybank).

Teknologi seperti ini adalah tidak secikai pengeditan melalui Photoshop. Kalau guna Photoshop, ia masih boleh dikesan jika kajian forensik dilakukan ke atasnya. Tapi kalau guna Firebug, ia tulen 100% bang!

Maka, jangan percaya langsung sebarang screenshot kalau tidak mahu poket anda dirompak di siang hari.

3) Testimonial dan gambar pemberi testimonial boleh direka-reka.

Ini testimonial salah seorang pembeli manual berkenaan:

"Azi sebenarnya tak sangka ada juga sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengatasi semua masalah yang dihadapi. Azi memang menghadapi masalah duit, tambah lagi azi ada 2 orang anak.

Azi hilang punca dan cuba juga teknik ini dan hasil daripadanya azi gunakan untuk membuka satu gerai jual laksa di pasar malam Pandan Jaya.

Azi sebenarnya memang dah tekad meminjam daripada along dan memang azi dah call dia orang pun. Tapi mungkin memang nasib azi baik sebab azi terjumpa website ini. Thanks. - Nur Azizah Bt Rahman"

Saya tidak tahu sama ada testimonial ini benar atau pun tidak. Mungkin orang Pandan Jaya boleh cuba cari-cari Kak Azi yang katanya menjual laksa di pasar malam di situ. Namun demikian, testimonial palsu bukan susah sangat untuk direka-reka. Sedangkan di mahkamah pun ada orang berani beri keterangan palsu, lalu apatah lagi untuk menghasilkan sebuah testimonial palsu.

Tapi apa yang saya betul-betul pasti, gambar yang disertakan bersama bukan milik Nur Azizah Bt Rahman! Bagaimana saya tahu? Terima kasih kepada TinEye. Melaluinya, sumber sebenar Nur Azizah dapat dikesan berpunca daripada dari iStockphoto.


Jangan kena tipu dengan iklan dan promosi yang hebat merapu-rapu. Sekian adanya.


HTTP://HEMBUSAN.BLOGSPOT.COM
Ambe nok royak lagi ni...

11.8.09

Satu Lagi Doa Hindari H1N1 - Mufti N9

Dah banyak yang Cikgu postkan petua dan doa2 mengenai H1N1.... Kalau nak tahu pi masuk blog cikgu le....

www.cikgufauzi.blogspot.com

Semoga kita semua dilindungi Allah... amin....

Ambe nok royak lagi ni...

12.7.09

Ringkasan Mingguan 5-12 Julai

Pertamanya Cikgu minta maaf le.... Ni percubaan untuk mengaktifkan blog Blogawan kita.

Cikgu akan cuba buat Ringkasan Mengajar ( Cerita popular blog2 hehehe ) bermula dari 5 Julai hinggalah 12 Julai 2009.

1. Cerita mengenai Kapalterbang terhempas oleh http://alwatary.blogspot.com/2009/07/airbus-yemenia-air-terhempas.html

2. Cerita MU di blog : http://mylocalagenda.wordpress.com/ ; www.cikgufauzi.blogspot.com ; http://ibnugharib.blogspot.com/ ;

3. Promosi Untuk Malam Kesenian Islam, Dinsman datang di http://amdang81.blogspot.com/2009/07/menunggu-kata-dari-tuhan-di-terengganu.html

4. Cerita mengenai PPSMI di http://www.basikaltua.com/ ; www.cikgufauzi.blogspot.com ; www.mampat.blogspot.com ;

5. Berita kematian ayahanda, takziah di www.mampat.blogspot.com

6. Promosi Hari Raya di http://e-cr8tive.blogspot.com/

7. Komen terhadap PM di http://www.basikaltua.com/

8. Kesan Merokok... Jangan hisap rokok tau ... di http://klinikummi.blogspot.com/

9. Cerita hari keluarga di http://ptg-my.blogspot.com/

10. Sapa nak cari upat Pelupa... Carilah Reminder di http://hardyw3b.wordpress.com/2009/07/11/google-calendar-reminder/

11. Tak reti nak ulas... tentang Geocity... di http://eriyza.via.my/2009/07/empayar-laman-sesawang-milik-eriyza.html

12. Bercerita tentang Sikah, wala' dll di http://papismatrg.blogspot.com/2009/07/antara-kesetiaan-kerjasama-dan-meminta.html

13. Mewujudkan Rumah baru (betul ke terms ni - mesti salah ).... Pendidikan dan Tarbiyah....


Sekadar mencuba.... kalau ada komen.... sila kan le.... dok reti nok buat weihhh...
Ambe nok royak lagi ni...

2.7.09

Logo Baru








Blogawan Saiz 200 gif file









saiz 200px png file





saiz 500
















Format SVG .. boleh download kat sini .. http://www.savefile.com/files/2143583

* Semua file telah ditukar ke bentuk transparent.
Ambe nok royak lagi ni...

26.5.09

UPDATE: Apa cerita LOGO kita?

Assalamualaikum w.b.t.


Logo dulu...


Logo setelah dikemaskini aeman. (man, kenapa kaki dia ni panjang hah??)

Ini Logo. Ini Logo Blogawan Terengganu. Logo ini dipilih oleh kebanyakan blogger dalam pemilihan logo pada minggu lalu. Logo ini mendapat undi tertinggi berbanding logo-logo lain. Logo ini cantik dan menarik. Saya suka logo ini. (Baca dengan nada buku Mari Membaca)

Kawan-kawan, (nada Upin dan Ipin) memandangkan logo ini sudah dipilih, apakata jika kita sama-sama memberi komen dan pendapat bagi menjadikan logo ini benar-benar menepati kehendak Blogawan Terengganu ditubuhkan.

Ambe malas nak berbicara panjang, adalah baiknya jika pakat-pakat memberi komen membina dan mampu membangkitkan suasana.

Wallahua'lam.
Ambe nok royak lagi ni...

Cerita 3 Header Blog Blogawan

Assalamualaikum w.b.t.

Pertamanya terima kasih kepada aiman kerana tidak putus-putus bekerja keras untuk menambahcomelkan blog blogawan ini. Apa baiknya aiman ni adalah dia sedia mendengar komen-komen yang dilontarkan kepadanya. Thanks Aiman. (biasa la bodek, kekgi banyak lagi nak suruh design hok lain-lain plok. Harga tetap RM50 satu headerkan man?)

Bersama-sama ni aku tunjukkan satu persatu header yang telah siap design dan aku padankan dengan blog kita ni.

Header 1


Sebelum masuk blog


Contoh 1: Bila diletakkan pada blog

Header 2


Sebelum masuk blog.


Contoh2: Bila diletak pada blog

Header 3


sebelum masuk blog


Contoh 3: Bila diletak pada blog.

Secara sengaja aku minta Aiman buat header ni dengan melambangkan masjid terapung sebagai icon Terengganu. Jika nak ambil masjid kristal, rasa macam tak berapa sedap skit. Tempat lain ada juga nilai Terengganu, tetapi mengambilkira konsep 'amar maaruf dan nahi mungkar' dan kasih sayang yang kita nak sandarkan, aku rasa masjid adalah simbol terbaik.

Secara sengaja juga aku minta Aiman jadikan header ni semacam header blog aku dari segi designnya (sebelum ini tulisan Blogawan Terengganu dilatari warna gelap). Namun, ianya tidak bermaksud apa-apa melainkan mahu kelihatan cerah dan ceria sahaja. Ia juga menggambarkan designernya adalah orang yang sama. Hehehehe.

Kepada Aiman, saiz sepatutnya bagi header kita ni adalah lebar 960px. Sebab tu kalu kita perasan hujung header dengan blog ni sedikit tak sama. Sikit je tu. Apapun, pada aku kesemuanya adalah menarik hati TERUTAMANYA header nombor 2. Lembut berbanding dua yang lain.

Wallahua'lam.
Ambe nok royak lagi ni...

18.5.09

Apakata jika blog ini diubah template?

Assalamualaikum w.b.t...

Memandangkan blog ini belum dirasmikan lagi, maka blog ini masih bebas dikritik dan dikomen sehingga ianya benar-benar memuaskan hati serta menepati kehendak. Kali ini saya bawakan pula cadangan dari Cikgu Eriyza untuk menukar blog ini ke template seperti berikut:



Ni versi gelap skit.



Ni versi cerah untuk posting artikel.

Link ke laman percubaan bolehkan klik SINI. Jika dilihat secara umumnya kolum untuk blog sekarang dengan versi percubaan adalah lebih kurang sahaja. Namun secara peribadi, susunan layout di blog percubaan itu lebih kemas.

3 kolum di bawah sekali dikekalkan untuk memastikan semua blogawan akan dilink terus di situ. Apa yang menarik dan lebih adil adalah 3 kolum tersebut sama saiznya tidak seperti di blog asal (sini).

Semoga cadangan ini dipertimbangkan oleh semua. Secara peribadi, saya menyokong template baru tersebut. Wallahua'lam.
Ambe nok royak lagi ni...

14.5.09

Cadangan Logo Blogawan

Assalamualaikum w.b.t...

Memandangkan kesenyapan ketupahan ahli-ahli, makanya ambe membuka posting ini dengan harapan ianya merancakkan gerakerja dan tindakan kita semua. Logo-logo di bawah ini akan diberikan kod untuk diundi.





Kod 0001



Kod 0002



Kod 0003



Kod 0004



Kod 0005



kod 0006



Kod 0007



Kod 0008



Kod 0009


Setiap logo masih boleh diberikan komen membina bagi memastikan logo-logo ini dikemaskini dan menepati citarasa semua pihak.

Harap semua dapat ambil bahagian.

Wallahua'lam.

Nota: Tinggalkan komen membina anda di sini, undi di ruang undian.

Ambe nok royak lagi ni...
 
Senarai Blogawan Terengganu

Personal, Pendapat & Politik