26.11.09

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Kami JK Blogawan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Insyallah satu majlis perjumpaan bersama dengan semua ahli Blogawan akan diadakan. Masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian. Kali ni .... nekad.... PASTI jadi....... macamana kawan2 yang lain...sokong tak.....?...
Ambe nok royak lagi ni...

22.10.09

Haram Minum Minuman Ni.... Berhati2

Awas semua muslimin dan muslimah!GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion...
Ambe nok royak lagi ni...

16.10.09

Majlis Aidilfitri Blogawan Terengganu ditangguhkan!

Assalamualaikum w.b.t...Dukacita dimaklumkan, majlis aidilfitri Blogawan Terengganu yang dijadualkan pada 19 Oktober 2009 (Isnin) terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Bagaimanapun, program tersebut akan diganti dengan suatu program berbentuk hari keluarga yang akan dilaksanakan dalam masa PALING TERDEKAT yang boleh. Setakat ini, tarikh yang dikenalpasti untuk menjayakan program tersebut adalah pada...
Ambe nok royak lagi ni...

29.9.09

Majlis Jamuan Hari Raya AIdilfitri 2009

Majlis Hari Raya Blogawan 2009........Tarikh : 19/10/09Tempat : Gong BadakMasa : 9.00 mlmTolong senaraikan untuk buat budget.... Sebelum 10/10/09.Tolong juga nyatakan sekali apa juadah yang ingin dibawa bersama..... WAJIB....Senarai yang akan hadir;1. Cikgu Fauzi - Rendang Melaka & Nasi Impit/Ketupat2.3.4.5.Kepada semua jawatankuasa,...
Ambe nok royak lagi ni...

9.9.09

Rebutlah Peluang Menyayangi ANak-anak Yatim.....

Assalamualaikum.....Kepada semua Blogawan, Minta diwawarkan di dalam blog Masing-masing. Mungkin ini adalah cara mudah untuk kita mendapat Jariah di samping KITA SENDIRI yang menderma.... Nabi Muhammad S.A.W sangat mencintai anak-anak Yatim....Setahun sekali aje..... Yayasan AMal juga bercadang untuk mewujudkan Pusat Anak-anak Yatim Terengganu...
Ambe nok royak lagi ni...

1.9.09

Anak Syarikat Terengganu ?

Salam ramadhan kepada semua ,Berita bahawa anak syarikat Terengganu yang kerugian sebanyak RM80 juta telah di hebahkan pada seketika dahulu.Sebenarnya dalam tempoh 2-3 hari lepas saya cuba untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini lebih terperinci . Sebelum kita melihat keseluruhan anak syarikat negeri yang bisnesnya 'asyik rugi' , tapi terus di kekalkan kerana faktor-faktor tertentu.Antara faktor yang di pegang, adalah syarikat-syarikat...
Ambe nok royak lagi ni...

18.8.09

BAGAIMANA TIDAK MAHU KENA TIPU DI INTERNET

var addthis_pub = 'hembusan'...



Longgokan iklan dan risalah yang menjanjikan kita kaya dalam masa yang sangat singkat sudah semakin bersepah di sana-sini. Lokasinya sangat tipikal: tergantung di tiang-tiang lampu di tepi jalan, di dalam bakul motosikal selepas solat Jumaat dan terselit di sudut akhbar online seperti myMetro (Harian Metro) dan Harakah Daily.

Daripada Harian Metro

Daripada Harakah Daily.

Siapa yang tidak teruja dengan RM 3,000 seminggu (RM 12,000 sebulan) seperti yang didakwa dalam iklan di myMetro itu? Jual ganja dari rumah ke apa ini?


Kajian Kes: DuitTerdesak.com

Arakian beberapa hari yang lepas, tangan saya gatal untuk mengklik satu iklan yang tersiar di myMetro. Ia seterusnya membawa saya ke DuitTerdesak.com (lihat screenshot keseluruhan laman ini). "Boleh mendapatkan RM9000 - RM10,000 dalam masa segera", katanya di laman tersebut.

Laman tersebut sangat tipikal seperti laman-laman web lain yang mendakwa boleh menjana wang besar dalam masa singkat. Ciri-ciri tipikal ini ialah:
  1. Segala macam maklumat disumbatkan dalam satu paparan muka sahaja;
  2. cerita pengalaman dan kejayaan itu dan ini tentang proses buat duit;
  3. ada beberapa testimonial pelanggannya yang berjaya;
  4. dan akhirnya akan ada e-book dan sebagainya untuk dijual.
Diingatkan bahawa saya sama sekali tidak menuduh secara melulu bahawa mereka ini semua penipu besar. Namun dalam dunia penuh putar belit pada hari ini, waspada adalah senjata. Dan inilah 3 cara bagaimana saya berhati-hati:

1) Baca betul-betul apa yang ditulis dan timbulkan kemusykilan.

Contoh beberapa kemusykilan yang telah saya timbulkan:

a) Pemiliknya mengatakan bahawa "...teknik ini tidak ada kena-mengena langsung dengan internet kerana saya tidak pandai langsung tentang internet...saya ni buta internet. Kalau tahu pun sikit-sikit je."

TAPI pandai pula beli domain DuitTerdesak.com dan server, bina laman bisnes sendiri di internet, pandai buat screenshot Utusan Online, dan tahu letak Google Chat. Perkara-perkara ini agak mustahil untuk dilakukan oleh seorang yang "tahu sikit-sikit je" internet, bahkan mengaku dirinya "buta internet".


b) Katanya boleh mendapatkan RM9,000-RM10,000 dengan segara (dalam masa 10-14 hari sahaja). Bahkan "setakat tujuh, lapan, sembilan atau sepuluh ribu tu senang je.", dakwanya.

LALU, mengapa bersusah payah untuk mendokumentasi dan menjual "teknik rahsia" ini kepada orang ramai? Bukankah lebih senang hidupnya andai dia melakukannya sebanyak 5 kali setahun? Kalau buat begini, dia hanya memerlukan dalam 14 hari x 5 = 70 hari sahaja untuk sekurang-kurangnya mengaut RM 9,000 x 5 = RM 45,000 setahun? Dengan demikian dia boleh lepak sebanyak 365 hari -70 = 295 hari setahun.

Bukankah ini lebih rileks dan sesuai dengan fitrah manusia yang suka berada dalam comfort zone? Jika penulisnya mendakwa bahawa dirinya seorang yang sukakan cabaran dan tidak suka berada di dalam zon selesa, maka bukankah lebih mencabar jika dia mengumpulkan sehingga beberapa ratus ribu dengan menggunakan "teknik rahsianya" itu, kemudian melaburkannya sebagai modal untuk membuka sebuah syarikat sendiri?


c) Kenapa "tak nak ramai sangat tahu teknik ini dalam Malaysia, saya hanya nak dalam seribu orang sahaja tahu benda ni."

Jika begitu, lalu mengapa mahu menjual manual yang berharga RM45 itu? Bukankah menutup mulut manusia tidak semudah menutup mulut tempayan? Katakan hanya 1000 orang sahaja yang mengetahui teknik tersebut, bukankah ini telah menambah persaingan sebanyak 1000 kali ganda untuk dirinya sendiri?

Setakat ini saya tak pernah mengetahui mana-mana bisnes yang mendedahkan trade secret mereka. KFC mana mungkin mahu memberitahu resepi rahsianya. McDonald juga selisih Malaikat 44 untuk mendedahkan rahsia keenakan burgernya.

Eh, tapi kaya juga kan kalau 1000 orang beli? RM45 darab 1000 adalah bersamaan...?

Apa pun, lain-lain kemusykilan, terserahlah kepada anda untuk memikirkannya sendiri.

2) Jangan percaya dengan mudah screenshot yang menunjukkan jumlah simpanan di dalam bank, Google Adsense dan sebagainya.

Dengan menggunakan teknologi seperti Firebug, saya dengan mudahnya boleh melakukan pengeditan secara real-time apa yang terpapar di browser. Contohnya seperti ini:


Rajah di atas adalah screenshot yang diambil melalui akaun Maybank2u.com saya. Bagaimana saya boleh mempunyai RM53,852.63 di dalam akaun saya? Mula-mula saya login. Kemudian edit jumlah current dan available balance saya dengan menggunakan Firebug. Lalu buat screenshot. Dan akhirnya saya tempel di sini! (Pemberitahuan: Teknik ini hanya mengubah paparan sahaja, tetapi ia tidak mengubah jumlah sebenar simpanan saya di Maybank).

Teknologi seperti ini adalah tidak secikai pengeditan melalui Photoshop. Kalau guna Photoshop, ia masih boleh dikesan jika kajian forensik dilakukan ke atasnya. Tapi kalau guna Firebug, ia tulen 100% bang!

Maka, jangan percaya langsung sebarang screenshot kalau tidak mahu poket anda dirompak di siang hari.

3) Testimonial dan gambar pemberi testimonial boleh direka-reka.

Ini testimonial salah seorang pembeli manual berkenaan:

"Azi sebenarnya tak sangka ada juga sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengatasi semua masalah yang dihadapi. Azi memang menghadapi masalah duit, tambah lagi azi ada 2 orang anak.

Azi hilang punca dan cuba juga teknik ini dan hasil daripadanya azi gunakan untuk membuka satu gerai jual laksa di pasar malam Pandan Jaya.

Azi sebenarnya memang dah tekad meminjam daripada along dan memang azi dah call dia orang pun. Tapi mungkin memang nasib azi baik sebab azi terjumpa website ini. Thanks. - Nur Azizah Bt Rahman"

Saya tidak tahu sama ada testimonial ini benar atau pun tidak. Mungkin orang Pandan Jaya boleh cuba cari-cari Kak Azi yang katanya menjual laksa di pasar malam di situ. Namun demikian, testimonial palsu bukan susah sangat untuk direka-reka. Sedangkan di mahkamah pun ada orang berani beri keterangan palsu, lalu apatah lagi untuk menghasilkan sebuah testimonial palsu.

Tapi apa yang saya betul-betul pasti, gambar yang disertakan bersama bukan milik Nur Azizah Bt Rahman! Bagaimana saya tahu? Terima kasih kepada TinEye. Melaluinya, sumber sebenar Nur Azizah dapat dikesan berpunca daripada dari iStockphoto.


Jangan kena tipu dengan iklan dan promosi yang hebat merapu-rapu. Sekian adanya.


HTTP://HEMBUSAN.BLOGSPOT.COM
Ambe nok royak lagi ni...

11.8.09

Satu Lagi Doa Hindari H1N1 - Mufti N9

Dah banyak yang Cikgu postkan petua dan doa2 mengenai H1N1.... Kalau nak tahu pi masuk blog cikgu le....www.cikgufauzi.blogspot.comSemoga kita semua dilindungi Allah... amin....
Ambe nok royak lagi ni...

12.7.09

Ringkasan Mingguan 5-12 Julai

Pertamanya Cikgu minta maaf le.... Ni percubaan untuk mengaktifkan blog Blogawan kita.Cikgu akan cuba buat Ringkasan Mengajar ( Cerita popular blog2 hehehe ) bermula dari 5 Julai hinggalah 12 Julai 2009.1. Cerita mengenai Kapalterbang terhempas oleh http://alwatary.blogspot.com/2009/07/airbus-yemenia-air-terhempas.html2. Cerita MU di blog : http://mylocalagenda.wordpress.com/ ; www.cikgufauzi.blogspot.com ; http://ibnugharib.blogspot.com/...
Ambe nok royak lagi ni...

2.7.09

Logo Baru

Blogawan Saiz 200 gif file saiz 200px png file saiz 500 Format SVG .. boleh download kat sini .. http://www.savefile.com/files/2143583 * Semua file telah ditukar ke bentuk transpare...
Ambe nok royak lagi ni...

26.5.09

UPDATE: Apa cerita LOGO kita?

Assalamualaikum w.b.t.Logo dulu...Logo setelah dikemaskini aeman. (man, kenapa kaki dia ni panjang hah??)Ini Logo. Ini Logo Blogawan Terengganu. Logo ini dipilih oleh kebanyakan blogger dalam pemilihan logo pada minggu lalu. Logo ini mendapat undi tertinggi berbanding logo-logo lain. Logo ini cantik dan menarik. Saya suka logo ini. (Baca...
Ambe nok royak lagi ni...

Cerita 3 Header Blog Blogawan

Assalamualaikum w.b.t.Pertamanya terima kasih kepada aiman kerana tidak putus-putus bekerja keras untuk menambahcomelkan blog blogawan ini. Apa baiknya aiman ni adalah dia sedia mendengar komen-komen yang dilontarkan kepadanya. Thanks Aiman. (biasa la bodek, kekgi banyak lagi nak suruh design hok lain-lain plok. Harga tetap RM50 satu headerkan...
Ambe nok royak lagi ni...

18.5.09

Apakata jika blog ini diubah template?

Assalamualaikum w.b.t...Memandangkan blog ini belum dirasmikan lagi, maka blog ini masih bebas dikritik dan dikomen sehingga ianya benar-benar memuaskan hati serta menepati kehendak. Kali ini saya bawakan pula cadangan dari Cikgu Eriyza untuk menukar blog ini ke template seperti berikut:Ni versi gelap skit.Ni versi cerah untuk posting artikel.Link...
Ambe nok royak lagi ni...

14.5.09

Cadangan Logo Blogawan

Assalamualaikum w.b.t...Memandangkan kesenyapan ketupahan ahli-ahli, makanya ambe membuka posting ini dengan harapan ianya merancakkan gerakerja dan tindakan kita semua. Logo-logo di bawah ini akan diberikan kod untuk diundi.Kod 0001Kod 0002Kod 0003Kod 0004Kod 0005kod 0006Kod 0007Kod 0008Kod 0009Setiap logo masih boleh diberikan komen membina...
Ambe nok royak lagi ni...
 
Senarai Blogawan Terengganu

Personal, Pendapat & Politik

Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal